Selasa, 8 Mac 2011

Peluk Islam kerana perjuangan Nur Misuari

Salam..


Begitu banyak provokasi  negatif berkenaan Islam. Tapi Estanislao Soria ,seorang tokoh agama Katholik yang lahir di Mindanao tahu jawapannya.  (setelah banyak mengkaji dan membaca tentang  Islam dimana akhirnya beliau memeluk Islam...). Soria menceritakan :

"Saya banyak mendengar hal-hal yang negatif mengenai Muslim. Lalu saya beranggapan bahawa mereka (Muslim) perlu dididik supaya tidak lagi sering bertindak negatif atau dipandang negatif," ujar Soria.
Tetapi semakin ia mendalami bacaan-bacaannya termasuk mengenai agamanya sendiri semakin Soria menyedari bahwa kebanyakan tokoh-tokoh gereja seperti Saint Thomas Aquinas sendiri banyak belajar daripada buku-buku bacaan dan ajaran Islam."


"Begitu juga ideologi-ideologi dan ilmu teologi yang disebut-sebut sebagai berasal dari Barat. Semua itu sudah sekian lama dibahaskan dalam Islam.

"Daripada bacaan-bacaan itu saya mendapati pemikiran-pemikiran mengenai peradaban Barat begitu banyak yang diambil daripada ajaran-ajaran Islam.
 
"Setelah saya membaca lebih banyak buku-buku yang ditulis pakar agama Islam, pandangan saya terhadap Islam juga terus berubah. 

"Malah hakikat yang saya temui ialah hal-hal negatif yang sering saya dengar mengenai Islam(terutamanya  di Filipina ) ternyata tidak benar," tambah beliau.

(baca kisah Sonia sepenuhnya di sini  )



Videoklip " Religion in Japan"  ini membincangkan "Is it neccessary to add religious studies to Japanese school curriculum?
(Muslims, Christians, Jews, Budhists and none-religious foreigners debating on this matter.)  ; dan telah
menarik pencela-pencela Islam untuk memberi reaksi  bila di upload ke you tube...


Isnin, 7 Mac 2011

Rumus Mudah untuk Menjadi yang Terbaik


Sebagai manusia, kita semua dianjurkan untuk memilih yang terbaik , untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup, untuk menjadi yang terbaik dalam hidup. Bukankah demikian? Berapa kerap hal-hal tersebut muncul dalam benak kita?

Memikirkan seumpama :

“Saya ingin menjadi karyawan terbaik atau pelajar terbaik!”

Saudara-saudariku sekalian, sebagai seorang Muslim pernahkah terlintas dalam benak pemikiran kita “Saya ingin menjadi dikalangan Muslim yang Terbaik?,(ketepikan dulu soal berkorban untuk Islam ), sekarang pernahkah terbayang dalam fikiran kita hal tersebut?

Sementara topik berkaitan (menjadi yang terbaik )ini dah muncul jadi sama-ama kita , berfikir semula. Jika kita meyakini bahwa untuk menjadi Muslim yang terbaik adalah dengan menghabiskan waktumu seharian penuh di Mesjid, atau berpuasa setiap hari selama hidup,...maka kita salah...

.
Nabi Muhammad (S.A.W) memberi kita rumus9formula ) mudah untuk menjadi yang terbaik:

Yang terbaik darikamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan kemudian mengajarkannya.” (Al-Bukhari).

Subhanallah, semudah itukah! Tidak perlu untuk sentiasa berada atas tikar sembahyang . Bahkan sebenarnya, kuncinya adalah Kalam Allah – Al Qur’an.

Berpeganglah pada hadis ini wlaupun sebagai permulaannya -membaca satu muka Quran setiap hari (pastikan kita dapat memamahinya-mungkin dengan merujuk terjemahan/tafsir). Ini adalah suatu yang Allah perintahkan di dalam Al-Qur’an.

FirmanNya dalam Al Quran (ertinya ):
“Dan berpegang-teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah (Al-Qur’an), dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu… (QS. 3:103)


“Dan sungguh, telah Kami Mudahkan Al-Qur’an untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?” (QS. 54:17)


Antara Faedah dari membaca Quran :

Memenuhi kewajiban teradap Islam
Rasululllah S.A.W.menyimpulkan apa itu deen (agama ) di dalam sabdanya:


Agama adalah nasehat (berlaku tulus Ikhlas ) !” Kemudian para Sahabat bertanya, “Untuk siapa?” Rasulullah menjawab: “Untuk Allah semata, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam , dan oerang-orang Islam umumnya.” (Sahih Muslim)


Ketulusan(ikhlas ) pada Kitab Allah... termasuk membacanya setiap hari, mempelajari aturan tajwid dan mencoba untuk memperindah bacaan kita, menghafalnya, memahami artinya; mempelajar tafsir dan sebab-sebab turunnya, dan lebih penting lagi untuk menguatkan lagi keyakinan kita akan Kebenaran- kalam Allah yang sempurna - dan bahawa Ia bukannya perkataan makhluk.

Kita membesarkannya dengan membacanya,mempelajari(mentadabburkannya) melaksanakan segala tuntutannya dalam hidup kita, mengajarkannya dan mengajak masyarakat kepadanya(al Quran). Maka dengan membaca dan menghayati dan menyampaikan Al Quran, kita telah memenuhi kewajiban kita dan Insha Allah akan mendapat pahala /ganjaran dari Allah kerananya nya.

Syafaat di Hari Pengadilan
Rasulullah ( Sallallahu 'alaihi wa sallam) bersabda ertinya ::


“Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhnya Ia akan datang pada Hari Pengadilan sebagai Syafaat untuk penegaknya.” (Sahih Muslim)

Waktu-waktu dinihari yang kita khususkan untuk membaca Al-Qur’an; Insya Allah akan menperoleh sepenuh buah keuntungannya di saat kita amat memerlukannya : ia itu di Hari Pengadilan. Kita bahkan tidak dapat bayangkan keadaannya, ketika Al-Qur’an akan memberi Syafaat kepada siapa yang memuliakannya dan beriman kepadanya (ketika di dunia ).

Semoga Allah menjadikan kita bersama mereka, Amiin.

Berapa banyak dalam 5 menit?
Saya yakin tentunya kita semua mengenal Hadis yang terkenal ini,


“Siapa pun yang membaca satu kata dari Kitab Allah, maka dia akan mendapatkan pahala. Dan pahala tersebut akan dikalikan 10 (sepuluh). Aku tidak mengatakan kalau “Alif, Laam, Meem” itu adalah kata, lebih kepada Aku mengatakan bahwa “Alif” adalah satu huruf, “Laam” adalah satu huruf dan “Meem” adalah satu huruf.”(Al-Tirmidzi)

Subhanallah, dapatkah kita bayangkan seberapa besar balasan kebaikan yang dilipat-gandakan dengan hanya membaca satu ayat? Ini merupakan suatu rahmat untuk kita semua.

Tidak habis-habisnya manfaat membaca Al-Qur’an. Antaranya lagi... kebijakan kita akan bertambah dan pemikiran kita akan semakin bertambah positif, memberikan kita kejelasan dan pemahaman intelektual tentang hidup - jika kita mencari petunjuk dari Al-Qur’an,Kalam Pencipta kita.

Semoga Allah menjadikan kita beserta ahli Al-Qur’an dan menjadikan Al-Qur’an sebagai saksi (membela )kita pada Hari Pengadilan nanti dan bukan yang mendakwa( menentang) kita.

Maka marilah, pelajari dan bacalah Al-Qur’an, dan jadikan diri kita di kalangan hamba-hambaNya yang terbaik, Insya Allah.

Sumber: Saudi Gazette

Sabtu, 2 Ogos 2008

Tesis Masters Of Principalship UM

Tesis Masters Of Principalship UM - Sambungan

1.2 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau amalan sebenar yang dilakukan oleh pengetua dalam mematuhi prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam pada itu, kajian ini juga akan melihat dasar-dasar tertentu yang telah dipraktiskan oleh pengetua dalam mengurus dan merancang kewangan sekolah beliau. Dari aspek pengurusan, pengkaji akan melihat bagaimanakah pengurusan kewangan pengetua dalam menentukan anggaran perbelanjaan tahunan, menyemak penyediaan-penyediaan penyata tahunan, mengawal stok dan harta sekolah. Dari aspek perancangan kewangan, pengkaji ingin meninjau bagaimanakah seorang pengetua membuat perancangan belanjawan sekolah, memastikan peruntukan kewangan serta pungutan yuran sekolah mencukupi bagi tujuan perbelanjaan dan memastikan keutamaan dalam pentadbiran kewangan. Sebagaimana kebiasaannya, seorang pengetua yang dilantik daripada seorang guru siswazah pada asasnya tidak mempunyai kemahiran pentadbiran kewangan yang sewajarnya. Ini adalah kerana sistem perlantikan pengetua di Malaysia tidak berdasarkan kepada latihan yang diterima dan kepakaran yang ada padanya (Ramaiah, 1993). Oleh yang demikian, kajian ini akan meninjau sejauhmanakah kebenaran fakta yang menyatakan bahawa pengetahuan perakaunan dan kewangan sekolah sangat penting bagi membantu seorang pengetua dalam mentadbir dan membuat perancangan kewangan sekolah. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk melihat sama ada peruntukan yang diterima daripada kerajaan mencukupi atau tidak bagi menampung perbelanjaan sekolah. Ini adalah penting untuk memberi maklumbalas khususnya kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia membuat perancangan belanjawan bagi menambahkan kecekapan dan keberkesanan serta mengelakkan
berlakunya pembaziran wang kerajaan. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau amalan yang dilakukan oleh pengetua dalam urusan penerimaan dan pungutan, pembelian dan pembayaran. Dari aspek penerimaan dan pungutan, pengkaji akan melihat amalan-amalan yang telah dilakukan oleh pengetua contohnya dari segi menurunkan surat kuasa menerima wang, memastikan buku resit digunakan, menyediakan borang serahan kutipan, buku daftar kutipan harian, slip masuk bank dan buku tunai dan lain-lain yang berkaitan. Dari aspek pembelian dan pembayaran pula, pengkaji ingin meninjau sejauhmana seorang pengetua itu telah mengamalkan perkara-perkara seperti menubuhkan jawatan kuasa sekolah untuk merancang pembelian, membuat pembelian mengikut peraturan, membuat permohonan daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ), membuat sebut harga, menyemak jenis pembelian dan memastikan setiap pembelian dicatat dalam borang Local Order (LO) dan unsur-unsur pembayaran. Akhir sekali kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam urusan pentadbiran kewangan dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut. Sekiranya sebelum ini , kemungkinan ada di antara pengetua yang menganggap bahawa amalan-amalan yang dinyatakan di atas adalah remeh dan boleh diabaikan, maka dengan melihat dapatan kajian ini boleh memberi kesedaran khususnya kepada pengetua bahawa perancangan dan pengurusan yang sempurna, cekap serta mapan akan mampu untuk mengelakkan pembaziran dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan.

1.3 Persoalan Kajian
Sehubungan dengan objektif kajian yang tersebut di atas, maka pengkaji akan menjalankan kajian mengenai beberapa amalan pentadbiran pengetua di dalam mentadbir dan mengurus kewangan sekolah daripada awal bulan Disember tahun 2001 hinggalah di akhir bulan Februari tahun 2002. Dengan demikian, kajian ini diharapkan akan dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berikut;

i. Sejauhmanakah amalan-amalan harian pengetua dalam mematuhi prosedur dan pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah ?
ii. Apakah dasar-dasar yang dipraktikkan oleh pengetua dalam mengurus kewangan sekolah ?
iii. Sejauhmanakah pengetahuan perakaunan dan kewangan sekolah membantu pengetua dalam mentadbir dan membuat perancangan kewangan ?
iv. Adakah peruntukan yang diterima ini mencukupi atau tidak bagi menampung perbelanjaan sekolah dalam setahun ?
v. Bagaimanakah urusan penerimaan dan pungutan, pembelian dan pembayaran dilaksanakan di sekolah ?
vi. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam pengurusan kewangan di sekolah ?
vii. Bagaimanakah pengetua berusaha mengatasi masalah-masalah pengurusan kewangan di sekolah beliau?

1.4 Kepentingan Kajian
Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat khususnya kepada Bahagian Pembangunan Dan Perancangan Penyelidikan Kementerian Pendidikan (EPRD), Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengkaji sendiri sebagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dipraktikkan apabila sampai masanya nanti. Hasil kajian ini juga diharapkan akan dapat dijadikan panduan serta penanda aras khususnya kepada pengetua sekolah kajian sendiri bagi melihat kekuatan dan kelemahan serta kekangan-kekangan yang dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah berkenaan. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai asas bagi menilai sejauhmanakah tahap pengetahuan seorang pengetua. Selain daripada itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan panduan kepada pengetua-pengetua di lain-lain sekolah di negeri Kelantan khususnya dalam mencontohi pengurusan sekolah ini bagi mempelbagaikan usaha mendapatkan sumber kewangan sekolah melalui daya usaha sekolah sendiri iaitu pengetua tidak hanya bergantung kepada peruntukan kerajaan sahaja. Dalam pada itu, kajian ini juga akan memperlihatkan bagaimanakah pengetua membuat pelunjuran dan perancangan kewangan sekolah yang mana ianya mempunyai kaitan dengan tahap pengetahuan pengetua mengenai pengetahuan perakaunan kewangan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai suatu panduan kepada Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan khususnya Unit Sekolah Berasrama Penuh bagi membuat penyemakan semula jika perlu mengenai peruntukan yang disalurkan sama ada mencukupi atau sebaliknya. Selain daripada itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu juruaudit untuk mempertingkatkan pengurusan kewangan sekolah. Sehingga kini masih terdapat pengetua yang tidak mengikut arahan dan nasihat juruaudit bagi mengemaskini penyata kewangan dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan dengan sikap sambil lewa. Dengan demikian, pengetua akan sedar serta mengambil sikap yang positif bahawa setiap teguran yang dibuat adalah untuk kebaikan sekolah dan diri mereka sendiri. Akhir sekali, kajian ini diharap akan menjadi titik permulaan khususnya kepada pelajar-pelajar sarjana lain untuk diperluaskan serta perincikan lagi ke peringkat yang lebih mendalam bagi memberikan pendedahan serta pengetahuan mengenai pengurusan kewangan sekolah untuk semua guru khususnya kepada pengetua dan gurubesar sekolah. Adalah diharapkan kajian ini juga akan dapat dijalankan di daerah-daerah, negeri-negeri lain agar mencapai ke peringkat global dan diterima sebagai satu kajian yang bersifat sejagat.

1.5 Batasan Kajian
Sekolah Menengah Sains Berasrama Penuh di seluruh negara berjumlah 41 buah semuanya. Oleh kerana kesemua sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dari segi pengurusan kewangan serta punca kewangannya maka kajian mengenai amalan pangetua di salah sebuah Sekolah Menengah Sains Asrama Penuh di negeri Kelantan dijangkakan dapat manggambarkan keadaan sebenar atau seakan sama seperti di sekolah-sekolah menengah sains yang lain di daerah-daerah yang lain di negeri Kelantan khususnya iaitu sebuah dijajahan Pasir Puteh, sebuah di jajahan Machang dan sebuah lagi di jajahan Kota Bharu yang menjadi sekolah kajian pengkaji. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Hasil kajian adalah berdasarkan sumber yang diperolehi sepanjang dua bulan terakhir tahun persekolahan 2001 iaitu dari pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah berkenaan dan juga untuk tahun kewangan berkenaan sahaja. Dengan demikian kajian mungkin menghasilkan dapatan yang berbeza sekiranya terdapat perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah pada masa-masa yang akan datang.

1.6 Definisi Istilah
i. Pengetua
Pengetua sewajarnya dari kalangan guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasmi berdasarkan ketrampilan, kecekapan dari pelbagai aspek ilmu pengetahuan setelah melalui proses pemilihan secara holistik di samping mengambil faktor umur dan pengalaman. Pengetua juga merupakan ketua eksekutif, pentadbir, pengurus dan pemimpin di sekolah. Dalam pangurusan kewangan, pengetua adalah orang bertanggungjawab dalam merancang, mengurus serta memperakukan semua urusan kewangan sebagaimana yang diamanahkan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

ii. Sekolah Menengah Sains
Sekolah Menengah Sains adalah sekolah yang terletak di bawah pentadbiran dan pengurusan Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dalam peruntukan kewangan. Namun dalam hal-hal yang berkaitan dengan aspek kurikulum dan kokurikulum, sekolah ini mempunyai hubungan langsung dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

iii. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau singkatannya PIBG adalah satu pertubuhan yang diwujudkan di sekolah bagi memainkan membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek termasuklah memberikan sumbangan, membantu, menambahkan sumber pendapatan dalam bentuk kewangan dan penyediaan prasarana.

iv. Pengurusan Kewangan Sekolah
Pengurusan Kewangan Sekolah adalah suatu amalan atau perlakuan, aktiviti dan tugas, amanah dan tanggungjawab yang melibatkan pengurusan, perancangan, penyelenggaraan stok, pembelian dan pembayaran dalam tahun kewangan yang berkenaan. Skop pengurusan kewangan termasuklah perancangan atau belanjawan pelaksanaan laporan dan kawalan atau penilaian.

v. Belanjawan Sekolah
Menurut Burrup et al. (1996). Belanjawan atau budget bermaksud pelan perbelanjaan yang melibatkan empat elemen iaitu perancangan, penerimaan peruntukan perbelanjaan dan penilaian keputusan. Dengan demikian, belanjawan yang dibuat di sekolah akan merujuk kepada peruntukan atau sumber, anggaran perbelanjaan bagi projek dan program sekolah bagi tahun fiskal yang berkenaan. Dalam pada itu, belanjawan juga akan memberikan panduan bagi menilai segala projek dan program setahun yang telah dilaksanakan serta membuat perbandingan dengan tahun yang sebelumnya. Burrup et al. (1996) menambah, belanjawan boleh memberikan motivasi kepada pengetua untuk membuat perancangan dengan lebih berhati-hati melalui perbelanjaan yang bijak.

vi. Akauntabiliti
Akauntabilti bermaksud kebertanggungjawaban seorang pegawai ke atas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia menghadapi implikasi keputusan yang telah dibuat olehnya (Garis Panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah). Manakala tanggungjawab bermaksud menjalankan tugas-tugas yang telah diarahkan mengikut peraturan yang telah diberikan atau ditetapkan. Dengan demikian, akauntabiliti adalah hubungan tanggungjawab di antara dua pihak melalui peraturan-peraturan, prinsip-prinsip yang diterima umum serta peruntukan-peruntukan melalui garis sempadan tanggungjawab berdasarkan jadual tugas-tugas yang telah dipersetujui bersama.

vii. Arahan Perbendaharaan
Arahan Perbendaharaan bermaksud arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. Dengan kata lain, arahan perbendaharaan adalah arahan kepada semua pegawai kewangan dan perakaunan sama ada peringkat Persekutuan atau Negeri agar mematuhi perkara dalam seksyen 4 Akta Kewangan 1957.

viii. Kumpulan Wang Sekolah
Kumpulan Wang Sekolah bermaksud kumpulan wang yang terdiri daripada kumpulan Wang Kerajaan, kumpulan Wang Asrama dan kumpulan Wang SUWA di mana setiap kumpulan wang ini perlu diuruskan dan diperakaunkan secara berasingan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kumpulan Wang Kerajaan adalah semua terimaan yang diperolehi daripada bantuan dan pemberian kerajaan termasuklah bantuan perkapita, bantuan biasiswa, bantuan rancangan amalan makanan, bantuan modal dan yuran peperiksaan sekolah. Kumpulan Wang Asrama pula adalah semua terimaan yang berkaitan dengan asrama sama ada pemberian atau bantuan kerajaan ataupun kutipan daripada murid-murid. Pemberian daripada kerajaan termasuklah bantuan perbelanjaan berulang tahun (LPBT) asrama, bantuan makanan asrama dan tunutan pengangkutan murid yang tinggal di asrama. Kutipan daripada murid-murid termasuklah yuran pendaftaran, yuran makanan asrama, dobi dan lain-lain. Manakala Kumpulan Wang Suwa pula adalah wang yang diterima oleh pihak sekolah selain Kumpulan Wang Kerajaan dan Kumpulan Wang Asrama sama ada kutipan yuran daripada murid-murid dan juga lain-lain punca seperti derma. Kutipan yuran daripada murid termasuklah yuran khas, yuran peperiksaan dalaman dan yuran sukan. Derma termasuklah daripada penyewaan harta sekolah, hasil jualan projek, kedai koperasi dan lain-lain.

Rabu, 21 Mei 2008

Nihon no daigako de bengkyo

bersama 2 orang pelajar dari USA yang boleh
kecek jepong n sebelah tu sensei kawe yang ajar kaligrafi jepun

dalam kelas bahasa jepun ambo tu ada berbagai bangsa
ex. filipin, thailand, laos, bangla n lain2

bersamo anak2 murid jepun hok jurus2....
sensei wa mareshia kara desu yo kekkon shimasuta
zannen desuta.....

bersama sensei arab mesir yang boleh berbahasa jepun, hafiz Quran
pernah jadi imam tika solat bersama, ambo jugok akan berusaha supaya boleh hafiz etek....
insyaAllah
sensei jepun yang macho n hansom desu .... puzento agemasu .... arigato nani ga....... harisan...... dia kata mata aimaso ...... denwa  wasure janai

kodomotachi wa kawai desu nee..... anak2 amanah Allah cuba nak kenalkan Islam kepada senseinya,,,
yang sorang tu leni kat mesir ambil medic n see lagi kat UM  ambil biokesihatan.
ramainye bebudak2 sekolah rendah yang minat nak posing bersama. apa taknya gaijinlah katakan ....
gaijin tu maksudnya 'alien' - makhluk asing dr mareshia
anak seme 4 ore tika tu........ yg sulong le ni kat UPSI tahun akhir mnat nak sambung master n Phd
yang montel2 tu kat france ambil engine.........ganbaremasu you...........abah n umi doakan
kajian mengenai sistem pendidikan di jepun. pendidikan awal sekolah di
jepun menitikberatkan
pembangunan mental dan fizikal secara menyeluruh. kesannya anak-anak
mereka begitu hormat kepada kedua ibubapa mereka. namun berbeza
setelah mereka melangkah ke alam remaja, kehidupan ibubapa yang sibuk,
anak-anak remaja mulai merasai bahang gejala sosial.

Rabu, 14 Mei 2008

SALAM UKHWAH YOROSHIKU ONEGAISHIMASU

Salam perkenalan untuk semua. Saya mengalu-alukan kunjungan anda ke laman blog ini. Terima kasih