PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH : SATU KAJIAN KES AMALAN PENGETUA DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH ASRAMA PENUH DI DAERAH KOTA BHARU.
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pengurusan kewangan sekolah yang telah diamalkan oleh seorang pengetua daripada empat aspek utama iaitu perancangan perbelanjaan, pengurusan kewangan, urusan penerimaan dan pungutan dan urusan pembelian dan pembayaran. Kajian kes ini dibuat ke atas pengetua di sebuah sekolah menengah daerah Kota Bharu yang dipilih sendiri oleh pengkaji. Hasil kajian akan meninjau sama ada pengetua telah melaksanakan perancangan perbelanjaan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kajian juga akan mengenalpasti sama ada pengetua telah memperuntukan masa untuk pengurusan kewangan sekolahnya yang dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 dan Pembantu Tadbir kewangan. Akhirnya kajian ini juga akan melihat sama ada pengetua menghadapi masalah dalam urusan penerimaan dan pungutan kewangan juga urusan pembelian dan pembayaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan
Pencapaian sesebuah organisasi ke tahap kualiti menyeluruh bukan sahaja melibatkan bidang perkhidmatan yang diberikan dan keluaran yang dihasilkan malah meliputi sistem operasinya. Dengan sistem pentadbiran pejabat yang cekap akan dapat mengurus sebahagian besar daripada peruntukan Kementerian Pendidikan yang disalurkan ke sekolah. Di samping menerima dan mengurus peruntukan daripada kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab pengetua bagi membuat perbelanjaan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Justeru itu, adalah perlu untuk setiap sekolah mewujudkan satu sistem pengurusan kewangan yang berkesan. Ini adalah penting bagi membolehkan Kementerian Pendidikan menjalankan program-program pendidikan dengan lebih berkesan serta mendapat keyakinan daripada pelbagai pihak khususnya mengenai akauntabiliti dan kewibawaan pengurusan kewangan di sekolah. Di samping itu, pentadbiran harta dan kewangan sekolah juga adalah tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Rules 1962 yang menyatakan bahawa;
Seorang pengurus atau pengetua atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan sesebuah institusi pendidikan yang dibantu harus mempunyai sebab untuk menyimpan akaun yang sempurna dan rekod-rekod lain dalam bentuk yang diperlukan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk semua perkara kewangan yang berkaitan dengan institusi pendidikan yang dibantu dan harus sudah menyediakan dan menyerahkan satu penyata akaun tahun kewangan sebelum ini dengan segera tidak lewat dari 31 Mac setiap tahun. (Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan, 1994 : 1)
Walau bagaimanapun, pengetua selaku pengurus kewangan sekolah sewajarnya maklum bahawa mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil . 4/88, penyata tahun kewangan sekolah hendaklah sampai ke Jabatan Pendidikan Negeri sebulan lebih awal iaitu 28 atau 29 haribulan Februari untuk dibuat penyelarasan atau pembetulan jika didapati perlu.
Terdapat dua jenis peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk setiap sekolah iaitu peruntukan Bantuan Perkapita yang meliputi Bantuan Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran dan peruntukan daripada kumpulan wang SUWA iaitu daripada kutipan yuran khas dan lain-lain yuran yang dikutip daripada murid, derma, sewaan, hasil jualan daripada projek-projek sekolah, dan kutipan wang asrama bagi sekolah yang mempunyai asrama. Berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 12. Tahun 1998, peruntukan Bantuan Perkapita bagi setiap sekolah diberikan melalui tuntutan yang dibuat sebanyak dua kali di mana Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri akan memberikan Bantuan Mata Pelajaran Dan Bukan Mata Pelajaran kepada setiap sekolah berasaskan kepada bilangan murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya sebanyak 50 %. Manakala tuntutan kedua pula diberikan atas bilangan murid pada 1 Julai tahun semasa juga sebanyak 50 %. Walau bagaimanapun mulai tahun 2000, semua peruntukan di atas telah diberikan dalam sekali tuntutan sahaja untuk memudahkan pengurusan.
Dalam pada itu, pengetua harus mengetahui bahawa tuntutan tambahan pemberian bantuan tidak akan diberi bagi tambahan bilangan murid selepas daripada tarikh yang telah ditetapkan. Manakala tuntutan yang tidak dibuat pada sesuatu tahun berkenaan adalah luput dan tidak boleh dituntut pada tahun berikutnya. Peruntukan wang kepada sekolah adalah merupakan satu amanah kepada pengetua selaku pengurus kewangan sekolah untuk merancang perbelanjaan sekolah dengan berhemah, teratur dan rapi mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah penting agar tidak berlaku pembaziran dan penyelewengan, kesilapan dan kehilangan yang boleh membawa kepada kerugian kepada semua pihak khususnya kepada organisasi sekolah itu sendiri (Garis Panduan Perakaunan Dan kewangan, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994)
1.1 Pernyataan Masalah
Pengetua selaku pengurus kewangan sekolah sewajarnya bukan sahaja seorang pentadbir profesional yang cekap dalam mengendalikan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan malah mempunyai kreativiti dan keistimewaan tersendiri dalam menambah sumber pendapatan sekolah. Selain daripada pengalaman, ilmu pengetahuan mengenai kewangan dan perakaunan menjadi asas kepada kemahiran dalam mentadbir kewangan sekolah. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990), oleh kerana kebanyakan pengetahuan mengenai kewangan hanya diperolehi melalui kursus-kursus yang diadakan oleh pihak jabatan, kebanyakan pengetua yang baru dilantik mempelajari pengurusan dan pentadbiran kewangan melalui kaedah menerima arahan daripada pihak atasan disamping sedikit pengalaman yang diperolehi semasa menjadi Penolong Kanan 1.
Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Bahagian Kewangan KP.1602/625/38(14), masalah utama dalam urusan pentadbiran kewangan sekolah adalah dari aspek perbelanjaan yang tidak dibuat tanpa dokumen yang lengkap dan sah. Sejauhmana seorang pengetua prihatin dalam menangani masalah kewangan sekolah bergantung kepada kesediaan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang tidak mengharapkan dari pihak Jabatan Pendidikan sahaja. Kejahilan dalam mengendalikan pentadbiran kewangan merupakan satu tabiat yang tidak boleh dipandang ringan kerana menurut kenyataan daripada Arahan Perbendaharaan 99(a) dan 107, sekiranya sesuatu amalan seperti perbelanjaan yang tidak didokumenkan secara lengkap dan sah, tindakan surcaj akan dikenakan ke atas pengetua.
Dalam pada itu, menurut Hussein Mahmod (1993), penilaian sebuah sekolah berkesan masih lagi mengutamakan kepada aspek pengurusan pengajaran bukannya lain-lain aspek pengurusan seperti kewangan. Oleh yang demikian, pengetua akan berkecenderungan menggunakan lebih banyak masa dan tenaga untuk mencapai tahap yang dirancangkan. Sebab itu, tidaklah hairan mengapa kajian Dweyer (1994) menunjukkan bahawa masih gemar menggunakan banyak masa untuk kerja-kerja rutin di dalam pentadbiran sekolahnya. Senario ini juga berkaitan dengan dilema yang dihadapi oleh pengetua sama ada untuk memenuhi demand daripada pihak pentadbir atasan seperti Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah atau memenuhi hasrat sekolah sendiri melaksanakan perubahan yang difikirkan mengikut kesesuaian masalah. Sebagaimana menurut Whitaker (1996), pengetua sering menghadapi dilema di dalam pentadbiran harian di sekolah di sebabkan demand dan tanggungjawab yang semakin meningkat pada masa ini. Kesannya akan mengakibatkan pengetua tidak ada masa untuk melakukan amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan dalam merancang kewangan sekolah seperti membuat kawalan pemantauan khususnya dan aspek-aspek penerimaan dan pungutan, pembelian dan pembayaran, dan unjuran perbelanjaan tahunan sekolah.
Tanggungjawab pengetua dalam pengurusan kewangan merupakan sebahagian daripada akauntabiliti awam yang diiktiraf sebagai satu keperluan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri. Oleh yang demikian, wujudlah satu kehendak perundangan yang bertujuan untuk membentuk satu keadaan check and balance dalam pengurusan kewangan sektor awam. Ia merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan sistem serta peraturan untuk menjamin pengurusan kewangan awam bagi tujuan pendidikan diurus dengan cermat, penuh amanah dan bertanggungjawab.
Menurut Bull dan McCarthy (1995) kelemahan pentadbiran pengetua sering dihubungkaitkan dengan kesedaran pengetua mengenai undang-undang dan peraturan kewangan sekolah. Sebagai contohnya, salah satu peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh pengetua ialah Arahan Perbendaharaan. Didapati bahawa Lapuran Audit sering membuat teguran bahawa Akaun Belum Bayar (ABB) sewajarnya tidak boleh wujud dalam Laporan Kewangan Sekolah. Namun, apa yang berlaku masih kedapatan sekolah yang tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan 103 yang mengkehendaki bahawa bil-bil sekolah mesti dibayar tidak lewat satu bulan dari tarikh ianya disampaikan. Keadaan ini boleh menggambarkan bahawa wujud kelemahan amalan pengurusan kewangan pengetua dalam memahami peraturan dan undang-undang. Oleh sebab itu, pihak sekolah mestilah sentiasa boleh membuktikan bahawa semua urusan kewangan yang dikendalikan mengikut apa yang telah dituntut oleh badan-badan perundangan dan peraturan-peraturan serta tatacara yang sedang berkuatkuasa.
Kelemahan pengetua juga sering dikaitkan dengan membelanjakan peruntukan kewangan bagi keperluan sekolah seperti pembelian alat kelengkapan sekolah. Menurut Jegadera (1990) kelemahan ini begitu ketara bagi pengetua yang tidak cekap dalam pengurusan kewangan. Perlu diingatkan bahawa oleh kerana ketidakcukupan pengurusan kewangan oleh seseorang pengetua, mudah dan cepat dikesan oleh pihak yang berwajib, dan stakeholder berbanding dengan beberapa aspek pengurusan yang lain, maka pengetua hendaklah sentiasa peka, sedar dan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan masing-masing dalam pengurusan bidang kewangan. Saranan utama bagi pengetua untuk menangani dan mengendalikan aspek kewangan secara profesional ialah berilmu pengetahuan tentang peraturan dan undang-undang kewangan, tahu tanggungjawab dan tahu autonomi pengurusan kewangan dalam konteks pendidikan.
Jumlah peruntukan kewangan yang diberikan kepada sekolah juga merupakan satu masalah utama yang dihadapi oleh pengetua dalam pengurusan kewangan sekolah. Menurut Kamaruddin Kachar (1989), secara umumnya peruntukan Bantuan Perkapita yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan ke sekolah masih lagi tidak mencukupi untuk mentadbir sekolah dalam setahun. Dengan jumlah peruntukan kewangan yang tidak berubah sejak beberapa tahun lalu, ditambah pula dengan peningkatan harga barang. Berbanding tiga atau empat tahun yang lepas, sudah tentu memberi kesan yang besar kepada pelaksanaan sistem sekolah yang berkesan. Ini adalah kerana pengurusan sekolah amat memerlukan kos yang tinggi bagi mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan era teknologi informasi masa kini. Oleh yang demikian, pengkaji ingin melihat sama ada peruntukan yang diterima daripada kerajaan mencukupi atau tidak bagi menampung perbelanjaan tersebut.
Di samping itu juga, berkaitan dengan kos barangan dan perkhidmatan kini, ada kemungkinan kutipan yuran daripada pelajar tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sekolah. Masalah ini ditambah pula dengan kemiskinan ibu bapa pelajar dengan beban yang terpaksa dipikul sekiranya mempunyai ramai anak yang bersekolah (Mohamed Mahmod, 1997). Oleh yang demikian, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengetua di sekolah-sekolah berkenaan untuk mengatasinya? Dalam pada itu, pihak sekolah juga dibenarkan untuk mencari punca-punca lain bagi menambah tabung kewangan sekolah masing-masing. Dengan demikian, pengkaji ingin mengenalpasti apakah punca-punca kewangan sekolah yang selain daripada bantuan kerajaan dan apakah usaha-usaha dan kreativiti pihak sekolah bagi manambah tabung kewangan sekolah mereka.
Berdasarkan daripada senario di atas, nyatalah bahawa amalan pentadbiran kewangan secara profesional dan bersistematik adalah sangat perlu. Adalah wajar bagi seorang pengetua mengambil kira peruntukan masa yang mencukupi untuk membuat perancangan yang teratur dan berkesan dalam mengendalikan pengurusan kewangan. Dengan demikian kajian kes ini adalah satu keperluan untuk meninjau amalan-amalan yang dilakukan oleh seorang pengetua berkaitan pengurusan kewangan sekolah.

0 comments:
Post a Comment